Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

[TERKINI] Isu Kebocoran Data Peribadi, Polis Sahkan Terima Satu Laporan Daripada JPN

today28 September 2021

Background


Menurut laporan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan hari ini berhubung kebocoran data peribadi awam yang didakwa berlaku di Jabatan Pendaftaran Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamarudin Mat Din berkata, laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengarah JPN di Balai Polis Percint 7, Putrajaya pada 27 September lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan penglibatan orang dalam berhubung insiden pembocoran dan penjualan data tersebut.

β€œUntuk makluman kita telah menerima satu laporan polis daripada JPN dan kita telah membuka kertas siasatan hari ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 bagi menyiasat lanjut dan mengesahkan berlaku penggodaman atau tidak.

β€œKita akan siasat sistem JPN dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengenalpasti di mana kebocoran data awam itu berlaku,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post