

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil mengingatkan pemimpin politik supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan, agar tidak menjejaskan hubungan antara parti dalam kerajaan perpaduan.
“Terlajak kata buruk padahnya,” katanya, mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Onn Hafiz Ghazi berhubung pendirian enggan bekerjasama dengan DAP, ketika Johor bakal berdepan pilihan raya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan Meja Bulat Pelaporan Media Selamat Berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri, di Putrajaya.
Semalam, Onn ketika melancarkan jentera pilihan raya berkata dalam ucapan bahawa beliau lebih rela lepas jawatan menteri besar daripada menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri dengan DAP, sekiranya BN diberi mandat pada…