
SEPANG: Terlepas cengkaman sindiket pemerdagangan manusia, terkandas pula di kaunter imigresen, itu nasib rakyat Malaysia yang berjaya melarikan diri namun sehingga hari ini tidak berjaya kembali ke tanah air.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim, mangsa penipuan pekerjaan ini akan dicaj bayaran tinggal lebih masa walhal mereka hanya tinggal “sehelai sepinggang”.
Disebabkan itu, MHO dan Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) bersetuju menubuhkan Tabung Kemanusiaan, Selamatkan Rakyat Malaysia untuk membantu menguruskan logistik mangsa selepas diselamatkan sehinggalah melunaskan kompaun tinggal lebih masa kepada imigresen negara terlibat, dan seterusnya berlepas pulang ke tanah air.
“Ada dua kumpulan mangsa. Pertama, mangsa yang ahli…