
PETALING JAYA: Sepasang suami isteri terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikannya dengan penjara 30 tahun atas kematian anak lelaki mereka tujuh tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Hadhariah Syed Ismail mengarahkan Aaron Teoh Eng Wan, 40, dan isterinya En Sit Mooi, 43, dipenjarakan bermula dari tarikh mereka ditangkap, iaitu 26 Mei 2017.
Dua hakim lain yang bersidang terdiri daripada Ahmad Zaidi Ibrahim dan SM Komathy Suppiah, lapor Bernama.
Ketika menyampaikan keputusan, Hadhariah berkata, mahkamah mengetepikan sabitan membunuh dan hukuman mati pasangan itu, sebaliknya mensabitkan mereka atas tuduhan homisid salah tak terjumlah membunuh.
Katanya, Hakim Mahkamah Tinggi Noorin Badaruddin terkhilaf apabila tidak membezakan antara Seksyen 299 dan Seksyen 300…