Hot FM

Ternak babi: Kerajaan Selangor tak akan sedia peruntukan pada masa depan


SULTAN SHARAFUDDIN
Sultan Selangor mahu kajian dilaksanakan sebagai asas dalam menentukan skala operasi penternakan babi di Bukit Tagar. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Kerajaan Selangor tidak akan menyediakan sebarang peruntukan kewangan atau membuat pelaburan bagi mana-mana operasi penternakan babi pada masa depan, termasuklah di Bukit Tagar.

Perkembangan ini antara ketetapan yang ditetapkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dalam sesi bersama Exco Infrastruktur dan Pertanian Izham Hashim dan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Ng Suee Lim di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.

“Segala urusan berkaitan hendaklah dilaksanakan tanpa melibatkan dana awam negeri,” menurut kenyataan oleh Pejabat Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin juga mahu kajian terperinci serta bancian menyeluruh dilaksanakan bagi mengenal pasti statistik serta kuantiti sebenar keperluan dan permintaan daging babi khusus untuk kegunaan rakyat bukan Islam di Selangor.

“Dapatan kajian ini hendaklah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version