Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Terpaling Juara: Ini Sebab Hattan Guna Kuasa Veto Rombak Pemilihan Peserta

today24 August 2022

Background

Penyanyi otai, Datuk Hattan merombak semula senarai penyanyi senior dan junior yang berada di bawah naungan tiga kapten iaitu Hael Husaini, Naim Daniel dan Akim Ahmad.

Menggunakan kuasa veto sebagai juri, Hattan mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mengekalkan pemilihan peserta yang telah dibuat pihak produksi.

“Selepas melihat senarai penyanyi yang bernaung bawah setiap kapten, saya rasa ada yang tak kena kerana ada kapten yang dapat dua orang penyanyi junior dan ada kapten yang dapat dua orang penyanyi senior.

“Saya terpaksa guna kuasa yang ada dan melakukan pilihan semula untuk membuatkan ia lebih adil. Setiap kapten mempunyai seorang penyanyi senior dan seorang penyanyi junior. Saya juga memberikan kelainan kepada mereka,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by XTRA (@tontonmy)

Hattan selaku juri tetap bersama Fauziah Latiff juga mahu semua peserta Terpaling Juara menyahut cabaran untuk memberikan persembahan terbaik.

“Pada awalnya, Rahmad dan Ifa berada di bawah kapten Akim. Rahmad terkenal dengan genre rock, sama juga dengan Akim. Jika mereka berada dalam satu kumpulan, masing-masing tak akan dapat belajar perkara baharu.

“Jadi, saya ubah perkara itu dan Hael menjadi kapten Rahmad. Begitu juga dengan dua kapten lain. Sepanjang pertandingan ini, saya pasti mereka akan dapat banyak belajar untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur yang baik,” katanya.

Di akhir konsert pengenalan Terpaling Juara ini, persembahan mantap Rahmad yang menyampaikan lagu Bayangan Gurauan menjadi pilihan juri dan penonton.

Persembahan terbaik mingguan diumumkan dalam segmen Terpaling Padu Minggu Ini.

Pemenang ditentukan dengan 70 peratus markah juri tetap dan 30 peratus markah undian atas talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara.

Diumumkan sebagai Persembahan Terbaik, Rahmad berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Written by: Aqilah


Previous post