
ALOR GAJAH: Seorang suri rumah kerugian kira-kira RM20,000 selepas terperdaya dengan janji diberi komisen sebanyak 10% jika membantu warga asing menuntut wang kemenangan tiket loteri.
Ketua Polis Alor Gajah, Ashari Abu Samah, berkata dalam kejadian Sabtu lepas, mangsa berusia 58 tahun pergi membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya di Masjid Tanah di sini, sebelum didatangi tiga lelaki dan seorang perempuan warga Indonesia berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun.
Menurutnya, mangsa yang bersendirian ditawarkan oleh suspek untuk menunaikan tiket loteri yang memenangi tempat pertama berjumlah RM500,000 itu kerana kononnya mereka tidak dibenarkan menuntut wang kemenangan disebabkan tidak memiliki kad pengenalan.
“Suspek menawarkan kepada mangsa sebanyak RM50,000 jika membantu mereka…