
PETALING JAYA: Seorang akauntan di Batu Pahat, Johor, kerugian lebih RM700,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud di media sosial, dalam kejadian sejak tahun lalu.
Mangsa berusia 49 tahun terpedaya selepas terlihat satu pelaburan di Facebook yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat pada Oktober 2023.
Ketua Polis Batu Pahat, Ismail Dollah, berkata mangsa kemudian berurusan dengan empat individu berlainan menerusi WhatsApp.
Katanya, urusan itu antara lain untuk menyertai selain tawaran bakal diberikan kepada mangsa, jika dia berminat membuat pelaburan jual beli mata wang kripto.
“Mangsa kemudian diminta memuat turun satu aplikasi dikenali ‘Accerx Malaysia’.
“Pada masa sama, mangsa turut memberikan maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan maklumat…