
PETALING JAYA: Sepasang suami isteri mengalami kerugian lebih RM1.6 juta akibat terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud diiklankan di Facebook.
Ketua Polis Daerah Jasin Ahmad Jamil Radzi berkata pada September lepas, wanita berusia 38 tahun itu tertarik dengan beberapa iklan pelaburan saham di platform berkenaan, sebelum dihubungi tiga individu menerusi tiga nombor telefon berbeza.
“Wanita berkenaan kemudian dimasukkan ke dalam tiga kumpulan WhatsApp berbeza berkaitan pelaburan dan menerusi medium itu, mangsa diberi penerangan tentang seminar pelaburan saham, tips saham yang berpotensi dan nota tentang pelaburan saham, selain membincangkan isu semasa pelaburan saham.
“Selepas dua minggu berada dalam kumpulan aplikasi berkenaan iaitu sekitar Oktober lepas, wanita…