Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Terpedaya ‘skim pelaburan Interpol’, bekas pengarah syarikat rugi RM381,000

today27 January 2024

Background


Polis berkata mangsa melakukan 112 transaksi ke akaun suspek dari 2 Mac 2021 hingga 28 Ogos 2022 dengan anggaran kerugian berjumlah RM381,890.

IPOH: Seorang bekas pengarah sebuah syarikat kerugian RM381,890 selepas terpedaya dengan skim sindiket penipuan “Pelaburan Interpol/FS” menerusi aplikasi WhatsApp sejak Mac 2021.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata wanita berusia 63 tahun itu membuat laporan semalam apabila menyedari dirinya ditipu oleh skim pelaburan berkenaan.

“Mangsa mula mengenali suspek wanita yang memperkenalkan diri sebagai pentadbir kumpulan Interpol Skim Pelaburan Cepat Kaya menerusi aplikasi WhatsApp pada 2 Mac 2021.

“Setelah itu, mangsa diperkenalkan pula dengan seorang lagi wanita yang mengaku sebagai pemilik Interpol. Mangsa tidak pernah berjumpa dengan kedua-dua suspek dan hanya berhubung menggunakan aplikasi WhatsApp sahaja,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dikatakan mendorong mangsa membuat bayaran bagi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post