Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Terperangkap di Telaga Tujuh, 44 pendaki berjaya diselamat

today16 October 2022

Background



Pasukan bomba menyelamatkan 44 pendaki dengan menyeberang sungai deras.

ALOR SETAR: Seramai 41 pendaki dan tiga malim gunung yang terperangkap di air terjun Telaga Tujuh dekat Langkawi akibat kejadian kepala air pagi tadi berjaya diselamatkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Sayani Saidon, berkata semua mangsa berumur 30 hingga 50 tahun itu dibawa turun dari kawasan air terjun oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi.

“Semua mangsa dikatakan membuat pendakian ke Telaga Tujuh pada 4 pagi dan tiba ke puncak pada 7.30 pagi. Mereka berehat selama 30 minit dan memulakan perjalanan turun selepas hujan lebat.

“Sampai di aliran sungai, mereka tidak dapat menyeberang sungai berkenaan akibat arus deras dan menghubungi bomba. Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.56 petang,” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan sama, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post