Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tersasul Sebut RM500 Juta, Lafaz Akad Nikah Pengantin Ini Buat Netizen Terhibur

today9 June 2022

Background

Baru-baru ini tular video TikTok di media sosial yang menunjukkan seorang pengantin lelaki tersasul menyebut nilai mas kahwin ketika akad nikah.

Pengantin lelaki itu pada awalnya tenang dan tiba-tiba secara spontan menyebut mas kahwin sebanyak RM500 juta tunai sedangkan nilai sebenar adalah RM500 sahaja sekaligus membuatkan yang lain terkejut mendengarnya.

@msamdanial

NERVOUS AKAD NIKAH PUNYA PASAL SAMPAI AKU PUNYA MAS KAHWIN JADI RM 500 JUTA TUNAI 😂😂😂😂

♬ original sound – Sam Danial – Sam Danial

Kesilapannya membuatkan semua yang berada di acara tersebut terdiam sebelum tertawa. Oleh itu, lelaki tersebut menjelaskan insiden tersebut terjadi kerana dirinya terlalu cemas.

Insiden tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur dengan gelagat gemuruh lelaki itu serta berasa terkejut dengan nilai yang disebutkan.

Malah, segelintir netizen juga memahami perasaan gemuruh yang dirasai oleh pengantin lelaki itu sehingga membuatkan dia tersasul menyebutnya. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa buah pinggang manusia pun tidak semahal itu.

Written by: Mimieyuzi


Previous post