Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tertangguh 3 tahun, bicara kes bunuh Nhaveen disambung

today19 June 2026

Background


Nhaveen case
J Ragesuthan, S Gokulan, dan dua lagi pesalah juvana ketika kejadian, kini harus bela diri dalam perbicaraan pembunuhan T Nhaveen.
PUTRAJAYA:

Perbicaraan kes bunuh T Nhaveen akan bersambung selepas tergendala sejak 2023 berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan tertuduh kelima.

Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai memberitahu panel tiga hakim diketuai Nordin Hassan, cubaan berulang kali untuk menyerahkan notis rayuan kepada S Gopinath, 35, gagal walaupun usaha mengesannya di alamat terakhir yang diketahui telah dilakukan.

Memohon arahan mahkamah, Allan memaklumkan panel hakim bahawa pihak pendakwaan tidak berjaya menjejaki Gopinath.

Nordin yang bersidang bersama Hakim Vazeer Alam Mydin Meera dan Azimah Omar kemudiannya membatalkan notis rayuan itu.

Pendakwaan merayu keputusan pembebasan Gopinath selepas Mahkamah Rayuan pada 13 Jan tahun lalu mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan empat lagi tertuduh dalam kes sama,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post

Sukan

Aguirre enggan dabik dada pencapaian Mexico

Guadalajara: Jurulatih Mexico, Javier Aguirre kekal merendah diri selepas pasukannya muncul juara kumpulan Piala Dunia buat kali pertama sejak 2002 susulan kemenangan 1-0 ke atas Korea Selatan, sambil menegaskan ukuran sebenar kejayaan hanya akan ditentukan pada peringkat seterusnya.

today19 June 2026