Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tertekan Pedal Minyak Sehingga Masuk Longkang, Keadaan Kereta Pelajar Memandu Ini Curi Tumpuan Netizen

today19 July 2022

Background

Sebut sahaja kelas memandu, pasti anda mempunyai pengalaman tersendiri yang tidak boleh dilupakan sehingga sekarang seperti terlanggar divider, terlanggar tiang dan sebagainya, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @irfnhkim9 telah berkongsi sebuah video memaparkan keadaan kereta kemek apabila pelajar di sekolah memandu dipercayai gementar dan tertekan pedal sehingga masuk ke dalam longkang.

@irfnhkim9

Lain kali cikgu2 jangan bagi student bawak sendiri kalau tak cekap lagi aihhh 🤣#foryoupage #eksidenn#latihanmemandu#alorsetar

♬ original sound – Irfan Hakim – Irfan Hakim

Menurut pemilik video, kejadian berlaku apabila cikgu memandunya meninggalkan pelajar tersebut bersendirian kerana ingin pergi ke tandas sekejap lalu kemalangan itu berlaku.

Pelajar itu tersebut sedang berlatih untuk ujian zigzag dan mungkin disebabkan terlalu gemuruh, dia telah tertekan pedal sejauh 70 meter dan mengakibatkan kemalangan yang tidak disengajakan.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat pelajar tersebut yang buat hal ketika hari pertama belajar memandu.

Bukan itu sahaja, para netizen berharap pelajar tersebut tidak berasa trauma dan akan berlatih serta mendapatkan lesen memandunya kelak. Malah, ada juga netizen berkongsi pengalaman mereka ketika belajar memandu satu ketika dahulu.

Written by: Mimieyuzi


Previous post