Hot FM

“Tertidur Adiknya”, Aksi Anak Alif Satar Dodoikan ‘Ali Curi Perhatian

“Untung dapat anak sulung perempuan, boleh harap jaga adik-adik”.

Haa… mesti korang pernah dengar ayat ini kan?

Sabtu lalu, isteri kepada penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Alif Satar iaitu Sha Dila Halid ada berkongsi satu rakaman video anak sulung perempuan mereka, Alisha sedang mendodoikan Ali, anak ketiga pasangan itu di laman Instagram.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat comel Alisha yang begitu pandai menguruskan adik lelakinya sambil berzikir, sehingga tertidur nyenyak. Comel sekali!

Betul lah orang kata, anak sulung perempuan biasanya lebih prihatin dan penyayang.

Makin hari Alisha makin besar, makin faham dan makin tahu peranan dia sebagai kakak.

Beruntung Alif dan isteri dikurniakan anak-anak yang comel.

Sebagai rekod, Alif dan Sha Dila telah berkahwin pada 15 September 2014 dan pasangan ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad ‘Ali.

Exit mobile version