Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tertinggal rukun khutbah, solat Jumaat kariah 16 masjid ditafsir tak sah

today15 November 2024

Background


Pesanan bertakwa kepada Allah adalah rukun khutbah Jumaat dan hendaklah dibaca dalam bahasa Arab, menurut mufti Negeri Sembilan. (Gambar Bernama)

SEREMBAN: Solat Jumaat bagi kariah di 16 masjid sekitar Rembau pada 8 Nov lepas ditafsirkan tidak sah susulan khatib dilaporkan tertinggal satu daripada rukun khutbah.

Mufti Negeri Sembilan Faudzinaim Badaruddin berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Rembau perlu membuat pemakluman berkenaan kepada masjid terbabit agar menggantikan dengan menunaikan solat Zuhur dengan segera.

“Khatib tidak membaca rukun khutbah dalam teks bahasa Arab semasa khutbah Jumaat, 8 Nov lepas. Pesanan bertakwa kepada Allah adalah rukun khutbah Jumaat dan hendaklah dibaca dalam bahasa Arab.

“Jika khatib tidak membaca rukun ini dengan bahasa Arab di dalam khutbah itu, maka khutbahnya adalah tidak sah,” menurut kenyataan.

Masjid terlibat ialah Masjid Kariah Pekan Pedas, Masjid Kariah batu 17 Chembong, Masjid Kariah Astana Raja, Masjid…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Skuad e-sukan MLBB Malaysia muncul juara dunia

Kuala Lumpur: Pasukan Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MLBB) mencipta sejarah apabila berjaya memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF selepas menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi, hari ini.

today15 November 2024