
PETALING JAYA: Seorang kerani kerugian RM108,540 selepas diperdaya skim pelaburan bitcoin tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata pihaknya menerima dua laporan polis dari daerah Kuantan mengenai kejadian itu.
Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa yang juga ibu tunggal berusia 37 tahun tertarik menyertai skim terbabit yang menjanjikan pulangan lumayan di media sosial, awal Mac lalu.
“Mangsa sedar ditipu selepas suspek meminta pelbagai bayaran tambahan untuk pelaburan tersebut sebelum keuntungan dapat dikeluarkan.
“Sumber kewangannya adalah menerusi wang simpanan serta pinjaman daripada keluarga serta rakan,” katanya, menurut Sinar Harian.
Justeru Yahaya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dalam talian.
Katanya, mereka juga…