
PETALING JAYA: Banjir besar hujung minggu lalu adalah yang paling teruk melanda SMK Maxwell, dalam sejarahnya selama 104 tahun.
Antara barangan yang rosak adalah komputer, buku, pencetak, kerusi, meja, permaidani, peralatan sukan dan alatan untuk latihan industri.
Menurut Maxwell School Old Boys’ Association (MAXOBA), kerosakan dianggarkan bernilai lebih RM500,000.
“Tingkat bawah sekolah itu tenggelam sepenuhnya,” kata Presiden MAXOBA Zakhir Hussian kepada FMT.
Kira-kira 150 ahli persatuan meluangkan cuti Krismas mereka untuk menjalankan usaha pembersihan besar-besaran di sekolah itu.
Mereka disertai guru, jabatan bomba dan penyelamat, sukarelawan Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Pengakap Kuala Lumpur dan Persatuan Pelajar Semenanjung Malaysia, selain ahli Umno Segambut dan MIC Kepong.
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran, yang juga…