
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil menyokong perhimpunan khas anjuran Pemuda Umno esok untuk merungkai permasalahan “senyap”, membawa kekalahan teruk parti itu pada PRN Sabtu lalu.
Beliau berkata Umno perlu berterus terang atau berdepan kehancuran sebelum PRU16.
“Saya sokong Pemuda Umno buat perhimpunan khas.
“Kita perlu berterus terang pada diri sendiri dan berani membuat perubahan di saat getir ini, jika tidak parti kita akan hancur sebelum PRU16,” katanya di Facebook.
Sehari selepas PRN yang menyaksikan Umno hanya menang 19 daripada 108 kerusi ditandingi, bekas ketua penerangan Umno itu mendesak kepimpinan tertinggi membuat pertimbangan drastik khususnya kerjasama dengan DAP.
Isham berkata, kerjasama dengan DAP menyebabkan akar umbi Umno yang sensitif terhadap parti itu kecewa dan marah, sehingga wujudnya kelompok enggan keluar mengundi dan menyokong…
