Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Teruskan Berjuang Selagi…” – Netizen Beri Sokongan, Puteri Sarah Mohon Doa Menang Kes

today11 August 2022

Background

Pelakon Puteri Sarah Liyana memuat naik sekeping foto yang menunjukkan dirinya sedang mengadakan perbincangan bersama dengan dua orang wanita yang merupakan peguam.

Menerusi hantaran tersebut, Sarah menyatakan dia sedang bermesyuarat dengan peguamnya dan memohon doa supaya dia memenangi kes tersebut.

Walaubagaimanapun, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu tidak menyatakan kes apa yang dibincangkan.

Namun, melihat kepada tanda pagar yang disertakan di ruangan kapsyen yang berbunyi #nevertrytodestroysomeone’slifewithalie, ia seperti memberi bayangan mengenai masalah rumahtangga yang dihadapinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi reaksi yang positif dan memberi sokongan dengan mendoakan supaya Puteri Sarah dipermudah urusan.

Terdahulu, Puteri Sarah telah memfailkan dua saman terhadap Ira Kaza kerana menganggu kehidupan sosialnya.

Written by: Salma


Previous post