
Kepimpinan Umno malam ini memberikan penghormatan kepada keberanian sayap Pemuda, terutama ketuanya, Dr Akmal Saleh.
Timbalan Presiden Mohamad Hasan, ketika merasmikan perhimpunan agung sayap-sayap parti, meminta Akmal bangun di tengah-tengah lautan Pemuda lalu berkata: “Akmal, teruskan keberanian kamu”.
Pertunjukan itu disambut tepukan gemuruh para perwakilan, dengan Mohamad mengingatkan bahawa Pemuda perlu berani memainkan peranan sebagai pemantau dan pendesak dalam kerajaan, terutama menyanggah dasar yang merugikan orang Melayu atau menekan rakyat.
Mohamad, yang mesra dikenali sebagai Tok Mat, berkata peranan itu sememangnya menjadi tugas Pemuda, meskipun kelantangan sering mengundang kritikan.
“Saya tahu Akmal dan Pemuda telah menjeritkan isu rakyat dalam konvensyen Pemuda baru-baru ini. Ada pihak kata Pemuda biadab. Bagi saya, tidak,” tegasnya, ketika…