Syarikat pengeluar kereta elektrik terkemuka yang diketuai Elon Musk, Tesla dilaporkan tidak akan meneruskan rancangannya untuk membina kilang di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, petik Free Malaysia Today (FMT).
Menurut FMT, perkara itu didedahkan menerusi laman The Nation dari Thailand. Memetik sumber kerajaan Thailand, Tesla telah membatalkan rancangan untuk menubuhkan sebuah kilang kenderaan elektrik (EV) di rantau Asia Tenggara, sama ada di Thailand,…