
PETALING JAYA: Gara-gara meminta hutang, empat sekeluarga dipercayai ditetak dua beranak dalam kejadian di sebuah ladang, di Kampung Cahaya Baru, di Beluran.
Ketua Polis Daerah Beluran Kasim Muda, berkata kedua-dua suspek berkenaan yang juga anak dan bapa, masing-masing berusia 23 dan 51 tahun, kini diburu bagi membantu siasatan.
Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, empat mangsa berusia antara 18 hingga 47 tahun parah selepas ditetak dalam satu pergaduhan di ladang terbabit.
“Sebelum kejadian berkenaan, isteri mangsa menegur kakak perempuan suspek untuk menuntut bayaran hutang lalu berlaku pertengkaran. Suspek lelaki berusia 23 tahun marah lalu bertindak menyerang isteri mangsa dengan sebilah…