Mangsa maut akibat pendarahan kesan tetakan senjata tajam dan luka pada bahagian kepala.

PETALING JAYA: Seorang wanita warga asing direman tujuh hari sehingga 1 Julai kerana disyaki menetak kepala kenalannya yang ditemukan mati di ladang sawit berdekatan kilang papan di Ayer Tawar, Manjung semalam.
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan lelaki berusia 38 tahun itu pada 5.15 petang semalam.
“Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas tanah dengan beberapa kesan tetakan pada tubuh badannya,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pihak polis turut menjumpai beberapa barang termasuk dua batang besi cangkuk tandan kelapa sawit, sehelai tuala, dan…