Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tetak rakan sampai mati, nelayan Myanmar dipenjara 32 tahun, 12 sebatan

today20 December 2023

Background


Nai San Thein mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Ipoh atas tuduhan menetak kepala rakannya menggunakan parang hingga mati dan cuba membunuh seorang lagi rakan di atas sebuah bot pada 2020. (Bernama)

IPOH: Seorang nelayan warga Myanmar dihukum penjara 36 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh rakan senegara dan cuba membunuh seorang lagi rakannya, tiga tahun lalu.

Hakim Abdul Wahab Mohamed menjatuhi hukuman itu ke atas Nai San Thein, 38, setelah dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.

Nai dijatuhi hukuman penjara 32 tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan membunuh Myint Soe dengan menetak kepalanya menggunakan parang di atas sebuah bot di tepi Sungai Sumun Perak di Bagan Datuk, antara 11 pagi hingga 11.45 pagi, 6 April 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan minimum 12 sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa cuba membunuh San Thien…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post