Hot FM

Tetap garis masa siasat kes buli, gangguan seksual di hospital, gesa MMA


MMA berkata, dakwaan kononnya pengadu atau saksi ditekan tarik balik atau ubah aduan turut wajar disiasat.
PETALING JAYA:

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa agar garis masa yang jelas ditetapkan bagi siasatan membabitkan kes gangguan seksual dan buli di tempat kerja dalam sistem penjagaan kesihatan awam.

“Kes-kes seumpama ini tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan selama berbulan-bulan tanpa penyelesaian mahupun perkembangan terkini,” kata Presiden MMA Dr R Thirunavukarasu dalam kenyataan.

Beliau mengulas keputusan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat aduan gangguan seksual membabitkan seorang pakar perubatan di hospital itu.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor memaklumkan, pihak hospital menerima aduan pada 28 Ogos lepas, dan telah memulakan siasatan dalaman. Jabatan itu turut menyatakan terdapat dakwaan pihak tertentu meminta pengadu menarik balik aduan.

Menegaskan laporan siasatan kini sedang diperkemas, jabatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version