Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tetap sokong Palestin meski terima ancaman bom di Johor, tegas Zahid

today15 October 2023

Background


Zahid Hamidi meminta rakyat tidak khuatir dengan ancaman bom berlaku di Johor. (Gambar Bernama)

MELAKA: Malaysia akan terus kekal menyokong perjuangan rakyat Palestin biarpun menerima ancaman bom di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru semalam, berikutan sokongan negara terhadap Palestin.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata kerajaan sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang ancaman diterima namun dalam masa sama menasihatkan rakyat supaya tidak khuatir.

“Polis menyatakan itu ancaman yang sengaja dibuat, cuma kita perlu berjaga-jaga dan tidak perlu khuatir pun,” katanya, selepas merasmikan pejabat Umno Tangga Batu selaku presiden parti itu.

Hadir sama Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki, dan Ketua Umno Tangga Batu Rais Yasin.

Semalam, seorang lelaki warga asing disyaki membuat panggilan telefon mendakwa meletakkan bom di pusat beli belah The Mall Mid Valley Southkey dan St Giles Hotel Southkey dengan amaran supaya berhenti menyokong…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Bagnaia juara GP Indonesia

Indonesia: Francesco Bagnaia dari Itali mempamerkan tunggangan menakjubkan untuk membawanya kembali ke puncak kejuaraan apabila menguasai MotoGP selepas saingan Jorge Martin tersingkir.

today15 October 2023