
PETALING JAYA: Dua Ahli Parlimen Pembangkang menggesa kerajaan menetapkan tempoh masa yang jelas untuk membuka sempadan dengan selamat selepas pengumuman mengenainya minggu lalu dilihat tidak selaras.
Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii daripada DAP, menyifatkan kenyataan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin terhadap cadangan pembukaan semula sempadan sebagai “kurang koordinasi dan komunikasi”.
“Cara pengumuman ini dibuat menunjukkan kurangnya koordinasi dan komunikasi di antara MPN, Perdana Menteri dan menteri-menteri utama,” kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.
Muhyiddin pada 8 Feb berkata MPN bersetuju dengan cadangan supaya Malaysia membuka sepenuhnya sempadan negara…