Majikan mesti membuktikan bahawa mereka telah habis semua cara untuk mengambil pekerja tempatan sebelum dibenarkan mengambil pekerja asing, kata Dr S Subramaniam.

PETALING JAYA: Prosedur yang jelas dan pemantauan yang betul diperlukan bagi memastikan majikan tidak memberhentikan pekerja tempatan selepas mendapat kelulusan kuota untuk mengupah pekerja asing, kata bekas menteri sumber manusia Dr S Subramaniam.
Beliau berkata, majikan mesti membuktikan bahawa mereka telah habis semua cara untuk mengambil pekerja tempatan sebelum mengambil pekerja asing sebagai pilihan terakhir.
“Sebelum ini, di Kementerian Sumber Manusia, majikan perlu memberikan bukti bahawa mereka telah membuat carian melalui portal kerajaan atau mengeluarkan iklan mencari pekerja tempatan.
“Hanya apabila mereka tidak berjaya (mencari pekerja…