
KUALA LUMPUR: Malaysia terkeluar daripada saingan Piala AFF 2020, selepas tewas 1-4 kepada Indonesia pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional Singapura, malam ini.
Indonesia yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan tempat di separuh akhir, tidak patah semangat sebaliknya rancak mengatur serangan ke kubu pertahanan negara yang tempang tanpa dua pertahanan tengah utama, iaitu kapten pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Mohd Saad.
Ketiadaan dua tonggak itu diisi gandingan pemain kacukan Dion Cools dan Junior Eldstal yang dilihat gagal mencapai keserasian dan persefahaman yang baik, terutama di bahagian kiri bersama Muhammad Syahmi Safari.
Kepincangan itu dihidu skuad Garuda untuk meledak gol penyamaan menerusi Irfan Samaling Kumi pada minit ke-36, yang berpunca dari serangan balas selepas penyerang negara Muhammad…