
PETALING JAYA: Mazlan Aliman akui tidak meletak harapan tinggi untuk terpilih sebagai salah seorang daripada 27 kepimpinan tertinggi Amanah.
Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan itu akui sudah hampir tiga tahun dirinya tidak bergiat aktif dalam politik, kerana memilih untuk bergerak melalui pertubuhan bukan kerajaan.
“Saya tak letak harapan tinggi boleh menang. Saya terlibat NGO dekat tiga tahun jadi aktiviti politik kurang.
“Bila keputusan diumumkan memang jangkaan saya macam itu,” katanya kepada FMT.
Beliau sebelum ini mengumumkan akan kembali bergiat aktif dan menerima pencalonan untuk AJK pimpinan nasional Amanah, pada pemilihan yang berlangsung hari ini.
Mazlan menegaskan hasrat untuk kembali bergiat dalam politik tidak terbantut semata-mata tewas dalam pemilihan.
“Aktif dalam kancah politik untuk isu seperti Felda dan luar bandar tetap menjadi komitmen…