
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan membangunkan sistem ‘Hajj e-learning’ bermula bulan ini, dengan peruntukan hampir RM3 juta dalam usahanya memperkasa penyampaian bimbingan ibadat haji seperti terkandung dalam Kerangka Kerja Haji 2021-2025.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata dalam situasi pandemik Covid-19, pembelajaran secara dalam talian bukan sahaja seiring dengan keperluan zaman teknologi, malah sebahagian norma baharu kehidupan hari ini.
“Jika dilihat pada musim haji tahun 2019 dan 2020, kerajaan Arab Saudi juga sudah memulakan proses urusan haji mereka secara dalam talian, daripada permohonan haji sehingga pemilihan dan saluran makluman terkini kepada bakal haji terpilih.
“Saya percaya sudah tiba masa bagi bakal haji Malaysia melengkapkan diri…