
PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan pihaknya mengagihkan kuota tertentu kepada agensi swasta, sambil menegaskan kuota 31,600 jemaah diagihkan mengikut sistem pendaftaran terbuka.
TH berkata, sistem pendaftaran haji terbuka yang dilaksanakan sejak 1995 itu berdasarkan konsep “mendaftar dahulu, didahulukan”.
Apabila bakal jemaah terpilih dalam kuota tahunan, mereka boleh memilih sama ada ingin menunaikan haji melalui TH (muassasah) atau melalui syarikat pengendali jemaah haji (PJH) yang dilesenkan oleh TH.
“Bakal haji yang memilih syarikat PJH adalah mereka yang berkemampuan untuk membayar lebih daripada kos haji bagi mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik daripada muassasah.
“Dakwaan bahawa TH hanya mengendalikan 11,000 jemaah pada tahun ini adalah tidak benar kerana majoriti jemaah haji atau…
