
PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah Lembaga Tabung Haji (TH) seharusnya bebas pembabitan orang politik.
Baginda menzahirkan kesyukuran apabila TH kini diterajui mereka yang profesional dan berpengalaman dalam menguruskan syarikat, berbanding sebelum ini.
Titahnya, kesan kepada perubahan pucuk pimpinan dapat dilihat apabila secara beransur-ansur prestasi TH meningkat dari tahun ke tahun.
“…dan pada tahun ini TH mampu untuk memberi dividen terbaik dalam tempoh tujuh tahun kepada pendeposit.
“Beta berharap pengurusan dan pimpinan tertinggi TH hendaklah terus bebas daripada penglibatan orang politik,” titah baginda menurut Utusan Malaysia pada Majlis Berbuka Puasa Ihya’ Ramadan di Shah Alam.
Pada 21 Mac, TH umum agihan keuntungan lebih baik iaitu 3.25% selepas zakat bagi tahun kewangan 2024, kadar…