Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pengurus skuad kebangsaan, Nualphan Lamsam atau dikenali sebagai ‘Madam Pang’ semalam mengumumkan Alexander Mano Polking sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun untuk saingan Sukan SEA di Vietnam.
Bagaimanapun, Polking hanya ditugaskan mengendalikan pasukan itu untuk saingan Sukan SEA sahaja manakala Worrawoot Srimaka kekal sebagai ketua jurulatih skuad Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung di Uzbekistan bulan Jun nanti.
Madam Pang turut menjelaskan antara sebab Polking dipilih sebagai pengendali skuad Sukan SEA adalah kerana bimbang Worrawoot serta barisan pembantunya gagal melaksanakan tugas dengan baik untuk capai sasaran pingat emas.
Beliau turut menuntut semua kelab dalam Liga Thailand melepaskan tonggak utama bagi menyertai kem latihan pusat lebih awal sebelum menghadapi perlawanan sebenar bermula pada 6 Mei hingga 22 Mei.
“Semua negara di Asia…