Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kekalahan 0-3 ditangan Thailand pada aksi kedua di Milliy Stadion sebentar tadi menyaksikan skuad muda negara ditunjukkan jalan keluar daripada merebut tempat ke suku akhir Piala Asia B-23 2022.
Anak buah Brad Maloney pada mulanya mempamerkan aksi bertenaga dengan melakukan dua serangan pantas ke kubu lawan menerusi Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi dan Nik Akif Syahiran Nik Mat di awal permainan.
Namun, Thailand kemudiannya pantas untuk memperkemaskan aksi bagi memberikan kesukaran buat para pemain negara dengan corak permainan berkualiti dipamerkan.
Ia jelas dibuktikan pada minit ke-23 apabila hantaran jauh dilakukan Channarong Promsrikaew terus mencari Suphanat Mueanta yang berjaya melepasi perangkap ofsaid lalu meluru pantas ke pintu gol skuad negara.
Rembatan yang dilakukan Suphanat masih sempat dihalang oleh Harith Haikal Adam Afkar tetapi bola membias sekali gus tidak mampu…