Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Thank You Baby” – Bakal Isteri Beri Ucapan Bersemut Sempena Birthday Azri Iskandar

today9 June 2022

Background

Baru sahaja memegang status duda pada 17 Mei lalu, pelakon Azri Iskandar mendedahkan dirinya kini sudah mempunyai kekasih hati.

Wanita tersebut merupakan seorang komposer, penulis skrip dan novelis bernama Azra Diera Abdul Hamid.

Memetik laporan Getaran, melalui akaun Facebook milik Azra, dia telah memuat naik sebuah hantaran istimewa buat Azri bersempena dengan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-54 pada 5 Jun lalu.

“You are my love, my life, and my everything. I would be lost without you. Happy Birthday Sayang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Melalui hantaran tersebut, kelihatan Azri turut membalas ucapan tersebut dengan mesra di ruangan komen.

“Thank you baby… Ara juga segala-galanya bagi abang, terima kasih Ara,” balas Azri.

“Sama-sama abang, Happy birthday.. Love you… Love you.. Love you.. Thanks untuk abang juga yang sayangkan diri ini,” balas Azra kepada komen Azri.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Genap Sebulan Cerai Dengan Ellie Suriaty, Azri Iskandar Umum Bakal Nikah Penulis Skrip

Lantaran itu, sebuah portal pula melaporkan bahawa Azri telah memberi pengesahan bahawa dia akan berkahwin dengan wanita tersebut dalam jangka masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Terkejut, Saya Tahu Isi Hati Dia Ada Pada..” – Ini Respons Ellie Suriaty Mengenai Cinta Baru Azri Iskandar

 

Written by: Salma