Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Throwback Memori Cinta Berputik, Fattah Amin Mengaku Minat Nur Fazura Sejak Awal Penglibatan Dalam Bidang Seni

today11 October 2023

Background

Pelakon popular, Fattah Amin mencuri perhatian selepas sepotong video pendek yang dikongsikan semula oleh peminat tular di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Fattah mendedahkan, dirinya sudah menyimpan perasaan suka terhadap isterinya yang juga pelakon popular, Nur Fazura sejak awal pembabitannya dalam bidang lakonan.

“Jujur, saya peminat Fazura dulu. Iya lah,Β  kita tak pernah terbayang nak jadi pelakon kan?

“Saya ingat lagi, first time saya jumpa Fazura dalam satu filem ni masa tu saya hanya pelakon extra, waktu tu saya baru sangat berlakon.

“Jadi waktu tu, orang cakap, jodoh sebenarnya Allah dah aturkan, jodoh dah ada depan mata tapi belum sampai lagi. Tapi waktu tu memang ada rasa macam ‘eh, minatnya Fazura ni’,” katanya.

Dalam hantaran sama, Fattah juga bersyukur apabila dapat disatukan dengan isterinya itu, malah dia juga gembira kerana kehidupan mereka diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata perempuan mereka, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

“Then, lepastu dah ditakdirkan Allah, jodoh sampai dan akhirnya berkahwin dan sekarang dah ada Fatima,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran tersebut sekaligus mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang comel kelak.

Sekadar info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup Β yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara.

Written by: Salma


Previous post