Hot FM

Tiada ada perbincangan PH-BN libat agihan kerusi setakat ini, kata PKR Sabah


Razeef Rakimin
Ketua Penerangan PKR Sabah Razeef Rakimin kata tiada perbincangan dengan BN setakat ini berhubung agihan kerusi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

PKR Sabah memaklumkan tiada sebarang perbincangan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional melibatkan bilangan agihan kerusi.

Ketua Penerangan Razeef Rakimin berkata demikian selepas media memetik Ketua Penerangan Umno Sabah, Suhaimi Nasir, sebagai berkata PH sudah bersetuju dengan kerusi yang BN mahu bertanding.

BN Sabah dilapor akan bertanding di 40 daripada 73 kerusi DUN pada PRN tahun ini.

“Kami tidak tahu dari mana Suhaimi dapat angka 40 kerusi dan kita tidak tahu dengan siapa beliau berbincang,” menurut kenyataan.

Razeef juga berkata PH masih belum bertemu BN secara rasmi bagi membincangkan isu kerjasama pilihan raya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version