Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tiada agenda singkir Muhyiddin keluar PN, kata Hadi

today1 February 2026

Background


Presiden PAS Hadi Awang menghadiri pemukiman tertutup PAS di Bangi hari ini.
BANGI:

PAS menepis dakwaan terdapat usaha menyingkirkan Muhyiddin Yassin daripada Perikatan Nasional (PN) kerana isu itu tidak dibangkitkan dalam pemukiman tertutup parti itu bermula Jumaat lalu.

Presidennya, Hadi Awang, sebaliknya berkata tiada isu lain dibincangkan dalam pemukiman itu, selain agenda memperkukuhkan PAS dan perpaduan dalam PN.

Penjelasan Ahli Parlimen Marang itu sekali gus menolak spekulasi PAS akan meninggalkan PN.

“Tak betul, tak betul. (Kita) Nak meneruskan Perikatan Nasional, perpaduan,” katanya selepas menghadiri pemukiman tertutup PAS di sini.

Semalam, bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad dilaporkan berkata, serangan secara konsisten dari dalam dan luar parti serta parti komponen PN terhadap presiden Bersatu itu bertujuan memaksa beliau berundur.

Katanya, ramai sedang menunggu untuk bertepuk tangan menyaksikan projek “Muhyiddin exit” berjaya.

Khamis lalu,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post