
PUTRAJAYA: Syarikat pengeluar ais tidak mempunyai alasan kukuh untuk menaikkan harga di pasaran, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas laporan mengenai peningkatan harga sebungkus ais sebanyak RM0.50 bermula hari ini, Ismail berkata, kenaikan tidak sepatutnya berlaku memandangkan kerajaan masih mengekalkan tarif air dan elektrik ketika ini.
“Harga ais tidak sepatutnya naik kerana kerajaan beri kemudahan bekalan air dan elektrik pada harga murah, tiada kenaikan,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan harga barangan keperluan di MyFarm Outlet Kasih, di sini.
Membanding alasan kenaikan harga roti yang berpunca daripada peningkatan harga gandum, Ismail berkata: “Negara kita tidak tanam gandum, kita import gandum. Jadi ia…