Site icon Hot FM

Tiada ancaman letupan di stesen minyak dekat KLIA


rusdi isa
Ketua Polis KL, Rusdi Mohd Isa, nafi dakwaan kononnya terdapat ancaman letupan di sebuah stesen minyak.

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan kononnya terdapat ancaman letupan di sebuah stesen minyak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata pihaknya menerima makluman berhubung satu kejadian letupan membabitkan kereta di lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan kejadian letupan berlaku disebabkan bateri kereta meletup,” menurut kenyataan.

Sebelum ini, satu video tular di media sosial mendakwa berlaku letupan dan tangkapan dibuat oleh polis.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version