Tanpa sebarang petanda, penyanyi dan komposer, Amylea Azizan memaklumkan rumah tangannya bersama Mohammad Aqbar Mohamad telah pun berakhir.
Artikel Berkaitan: Amylea Kecewa Tidak Dikenali Ramai – ‘Masih Ada Yang Nampak Saya ‘Budak AF’
Artikel Berkaitan: 2024 Tahun Tuah Buat Amylea? Bakal Keluar Banyak Lagu Baru, Pilih Mila Jirin Bawa Lagu ‘Sandera’
Sah bercerai

Pun begitu, Amylea, 39, berkata dia enggan mengulas lebih lanjut tentang penceraian mereka.
Bagaimanapun, Amylea memaklumkan sudah selesai menjalani tempoh iddah dan hubungan antara mereka kekal dalam keadaan baik.
Assalamualaikum, berat rasa hati untuk memaklumkan yang saya bukan lagi isteri kepada Mohammad Aqbar Mohamad.
Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.
Saya sangat hormati dan sayangi ibu mentua serta seluruh keluarga bekas suami dan anak-anak tiri saya.
Kami masih berhubungan baik. Saya sudah lama tamat idah dan dalam keadaan sejahtera.
Menurut Amylea, dia membuat keputusan…