

Tiada majlis angkat sumpah exco baharu Negeri Sembilan dijadual berlangsung hari ini, menurut sumber terdekat.
Sumber itu menyangkal laporan terdahulu sebagai palsu, sambil memaklumkan pertemuan antara wakil Istana Negeri Sembilan dan Barisan Nasional (BN) berhubung jawatan menteri besar baru sahaja selesai.
Sumber berkenaan menyifatkan perbincangan tersebut sebagai positif, namun menegaskan keputusan muktamad terletak di tangan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
“Perbincangan baru sahaja tamat, dan kini kita menunggu perkenan diraja,” kata sumber itu kepada FMT.
Ditanya sama ada perbincangan tersebut melibatkan pelantikan exco baharu, sumber itu berkata ia hanya menyentuh berkait jawatan menteri…