Hot FM

Tiada bantahan keputusan mahkamah, keutamaan pertahan keislaman anak, kata Mufti Perlis



Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin tidak terperanjat dengan keputusan mahkamah berhubung hak penjagaan anak Loh Siew Hong.

PETALING JAYA: Tiada bantahan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan habeas corpus ibu tunggal Loh Siew Hong untuk mendapatkan semula hak penjagaan tiga anaknya, kata Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, apa yang menjadi keutamaan adalah untuk mempertahankan keislaman tiga kanak-kanak terbabit.

“Kita tidak terperanjat dengan keputusan hak penjagaan itu,” katanya.

Asri berkata, beliau kini sedang melihat langkah lain dari sudut undang-undang bagi mempertahankan keislaman anak Loh jika mereka ingin terus menganut Islam.

“Apa yang kita sedang pertahankan ialah keislaman anak-anak itu jika mereka ingin terus menganut Islam. Kita sedang melihat langkah-langkah lain di sudut undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Loh selepas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version