
Kerajaan tidak bercadang melaksanakan cukai kekayaan 2% ke atas individu kaya-raya ketika ini bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
Buat masa ini, jelasnya, kerajaan mendapati sumbangan hasil cukai kekayaan tidak signifikan, jika elemen pengecualian dan pelepasan cukai diberikan sepertimana pelaksanaan cukai lain sedia ada.
“Pelaksanaan cukai kekayaan dalam apa-apa bentuk atau mekanisme perlu diteliti daripada pelbagai aspek, termasuk asas kenaan cukai kecil dan terhad di Malaysia.
“Namun, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar percukaian dilaksanakan berlandaskan prinsip keadilan dan saksama serta lebih bersasar supaya struktur percukaian kekal progresif dan mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan…