Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Manchester United mengesahkan bahawa penggempur utamanya, Cristiano Ronaldo tidak akan terlibat dalam tugasan menentang Liverpool di Anfield.
Ini kerana pemain tersebut perlu bersama keluarganya di saat sukar pada masa ini. Semalam Cristiano Ronaldo membuat kenyataan bersama dengan Georgina Rodriguez mengumumkan bahawa salah seorang daripada bayi kembar mereka telah meninggal dunia selepas dilahirkan.
Ronaldo dan pasangannya menyambut kelahiran cahaya mata kembar tak seiras, namun bayi perempuan selamat dilahirkan. Cuma bayi lelaki mereka yang meninggal dunia.
Ronaldo menganggap ianya sebagai detik yang paling sukar dalam hidupnya ketika ini.
Menulis di media sosialnya, Ronaldo menyatakan: “Dengan rasa sedih kami yang paling dalam, kami perlu mengumumkan bahawa bayi lelaki kami telah meninggal dunia. Ia adalah kesakitan yang paling teruk yang boleh dirasai oleh mana-mana ibu…