
LINGGA: Pemberian cuti umum khas pada 18 Nov ini bagi menggalakkan rakyat mengundi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak perlu dilaksanakan di Sarawak memandangkan ia bukan perkara yang mendesak dan boleh menjejaskan ekonomi.
Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata sebagai sebuah kerajaan yang rasional, kerajaan Sarawak perlu mengambil kira kesan ekonomi dan tahap produktiviti di negeri ini sebelum mengambil sebarang langkah untuk melaksanakan cuti umum khas itu.
“Saya fikir tidak wajar ia dilaksanakan kerana apa yang berlaku akan menjejaskan ekonomi, produktiviti kita akan menurun, majikan perlu bayar gaji berganda untuk pekerja.
“Saya pertimbangkan secara rasional kerana saya tahu apa kesannya, memanglah semua orang suka bercuti,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Program Sarawakku Sayang di sini, hari…