
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa tiada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digunakan dalam projek cari gali minyak antara Petrosaudi International Ltd (PSI) dengan kerajaan Venezuelan dan tiada sesen pun yang pernah mengalir ke dalam akaun eskrow yang dipegang oleh firma guaman United Kingdom iaitu Clyde & Co LLP.
Peguam Alex Tan berhujah jumlah wang tidak dinyatakan yang disimpan oleh Clyde & Co adalah ‘bersih’ dan datangnya daripada kontrak penggerudian minyak yang dimeterai PSI dengan Petróleos de Venezuela (PDVSA), sebuah syarikat berpangkalan di Venezuela, dan merupakan hasil ekonomi yang sah.
Tan mewakili PSI, anak syarikatnya Petrosaudi Oil Services (Venezuela) Ltd (PSOS-VZ) dan Temple Fiduciary Services Limited, yang merupakan responden kedua, ketiga dan…