Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tiada diskriminasi masuk kursus perubatan, farmasi, dan pergigian, kata menteri

today24 November 2024

Background


zambry abdul kadir
Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir menegaskan kemasukan ke IPTA berdasarkan merit dan tidak patut ia menjadi isu perkauman. (Gambar Bernama)

IPOH: Kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, kegagalan mendapat tempat di universiti awam tidak sepatutnya menjadi isu perkauman ataupun diskriminasi terhadap mana-mana golongan.

“Kita tidak ada diskriminasi dari segi kemasukan pelajar-pelajar (ke IPTA). Itu asasnya, sekiranya pelajar yang berkenaan memperoleh semua A dalam (mata) pelajarannya, mereka akan diberikan tempat.

“Perkara yang sering dibahaskan ialah mereka memerlukan pilihan pertama, biasanya melibatkan kursus kritikal, iaitu perubatan, farmasi, dan pergigian,” kata Zambry yang juga setiausaha agung Barisan Nasional (BN) pada sidang media selepas merasmikan penutupan Konvensyen BN Perak.

Beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post